Pengenalan
Unit Stor Alat Tulis merupakan sebuah unit di Jabatan Pengurusan Hospital Sungai Buloh yang memberikan bekalan alat tulis serta pakaian seragam kepada kakitangan hospital. Unit ini juga menyediakan perkhidmatan percetakan. Stor Alat Tulis Hospital Sungai Buloh ini dikategorikan sebagai Stor Utama dan sistem pengurusannya adalah mengikut Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2009.
Misi
Menyediakan perkhidmatan pengurusan stor yang berkualiti, ekonomi, efisien dan cekap bagi membentuk struktur pengurusan yang teratur serta kemaskini kearah merealisasikan matlamat / objektif aktiviti Hospital Sungai Buloh.
Visi
Menjadikan Unit Pengurusan Stor Alat Tulis sebagai unit pengurusan Stor Utama yang bersistematik, menyeluruh, cekap dan penuh integriti dalam memenuhi keperluan Dasar Pengurusan Stor Kerajaan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
-
Membeli, menyimpan dan membekalkan peralatan alat tulis kepada semua kakitangan hospital sungai buloh.
-
Membuat pembelian dan pengagihan pakaian seragam kepada anggota hospital sungai buloh yang layak menerima pakaian seragam.
-
Menyediakan perkhidmatan percetakan kepada kakitangan hospital untuk urusan rasmi hospital sungai buloh
Direktori
Talian Utama | : | 03-61454333 |
No
|
Nama
|
Jawatan
|
Samb
|
Email
|
---|---|---|---|---|
1 | Puan Salmiah binti Muhammad Sharif | Pembantu Tadbir (P/O) N22 | 4131 | salmiahms[at]moh.gov.my |
2 | Encik Muhammad Ridhwan bin Kamaruddin | Pembantu Tadbir (P/O) N19 | 4130 | - |
3 | Encik Shariffuddin bin Suamai | Pembantu Operasi N11 | 4130 | - |
4 | Encik Zainudin bin Selamat | Pembantu Operasi N11 | 4130 | - |