ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Bahagian Sumber Manusia

Pengenalan

Bahagian Sumber Manusia dianggotai oleh Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Pembantu Tadbir Tinggi, Pembantu Tadbir Kanan, Pembantu Tadbir N19/N22 dan Pembantu Operasi.

Bahagian ini terbahagi kepada 3 unit iaitu :-

  • Unit Perjawatan dan Perkhidmatan
  • Unit Latihan
  • Unit Keutuhan Dan Prestasi

Misi

Bahagian Sumber Manusia akan menyediakan perkhidmatan dan keperluan Sumber Manusia yang berkualiti dengan:- 

  • Responsif kepada semua keperluan Sumber Manusia di HSgB.
  • Prihatin kepada masalah yang dihadapi pekerja.
  • Memberi khidmat nasihat dan inovatif untuk meningkatkan pencapaian dan kerjaya anggota
  • Melaksanakan Sistem Pengurusan HSgB dengan sempurna berdasarkan pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan. 

Objektif

Mengawal dan menguruskan segala hal-hal pengurusan perjawatan dan perkhidmatan personel semua pegawai dan kakitangan serta melaksanakan arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling  kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membolehkan sistem pentadbiran Hospital Sungai Buloh berjalan dengan teratur dan lancar.

Fungsi

Melaksanakan urusan :

  • Perkhidmatan anggota bermula dari penempatan anggota hingga persaraan anggota
  • Perjawatan dan permohonan ABM Perjawatan
  • Menyelaras HRMIS
  • Menguruskan Laporan Nilaian Prestasi anggota
  • Mengendalikan kes tatatertib anggota
  • Mengendalikan urusan Isytihar Harta
  • Mengendalikan urusan latihan anggota
  • Menyelaras urusan latihan dan aktiviti pembangunan modal insan di HSgB
  • Mengendalikan urusan lawatan Keluar Negara
  • Mengendalikan urusan tanggung kerja
  • Mengendalikan urusan Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Direktori

Talian Utama :  03-61454333

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Kosong Penolong Pengarah Kanan (Sumber Manusia) 4299 -
2 Puan Nora Akmar Binti Ishak Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Unit Perkhidmatan & Perjawatan) 2974 nora_akmar[at]moh.gov.my
3 Encik Pangiran Ahmad Johar Bin Abdul Wahab Pembantu Tadbir Tinggi (Unit Keutuhan & Prestasi) 4217 pangiran[at]moh.gov.my
4 Puan Noriana Haryati Binti Ahmad Pakri Pembantu Tadbir Kanan (Unit Latihan) 7039 norianaharyati[at]moh.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

2996587
Pengunjung Hari Ini: 222
Jumlah Pengunjung: 2,996,587
Image