ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Image

PENERANGAN LOGO

LATAR BELAKANG PUTIH

Melambangkan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia semasa menjalankan tugas.

HATI BERWARNA MERAH

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

SENTUHAN DI HATI

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

TANGAN

Melambangkan keihlasan dan kesediaan untuk membantu.

MOTO – “KAMI SEDIA MEMBANTU”

Kami

Semua anggota Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama.

Sedia

Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.

Membantu

Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

BUDAYA KORPORAT KKM

NILAI-NILAI TERAS

Penyayang

Kami komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Kami bersedia memberi layanan dengan bersopan santun, responsif dan menghormati hak individu. Kami bertanggungjawab memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Profesionalisme

Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab. Kami percaya dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan masyarakat.

Kerja Berpasukan

Kami komited untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang sama.

JANJI KAMI

Kami Sedia Membantu

Kami Komited terhadap keperluan anda

Memastikan perkhidmatan yang adil, mesra, rasa hormat dan prihatin.

Kami melaksanakan apa yang dirancang

Menjanjikan anda tahap profesionalisme yang tertinggi dalam segala urusan penyampaian perkhidmatan.

Kami berdedikasi terhadap tugas

Bekerjasama untuk mengukuhkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan.

KOMITMEN KAMI

Kami komited memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit dengan penuh rasa kemesraan, kejujuran dan keikhlasan.

Kami komited memberikan perkhidmatan yang efektif dengan bersikap profesional, tekun, mudah didekati dan bersopan santun.

Kami komited bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa efisien, efektif dan produktif.

IKRAR BUDAYA KORPORAT KKM

Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:

01
Memberi perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profesional;
04
Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab; serta
02
Memberi layanan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa dan agama;
05
Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.
03
Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien, efektif dan produktif;

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

3053634
Pengunjung Hari Ini: 58
Jumlah Pengunjung: 3,053,634
Image