ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Latar Belakang

Hospital Sungai Buloh terletak kira-kira 25km daripada Bandaraya Kuala Lumpur di Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor. Pada tahun 1999, projek pembangunan Hospital Sungai Buloh ini (seluas 130 ekar) telah dimulakan bagi menampung keperluan populasi yang kian meningkat dan sesak disekitar kawasan ini dan juga untuk mengurangkan kebanjiran pesakit di Hospital Kuala Lumpur.

Hospital ini mempunyai 1037 katil, dan akan memberi pelbagai perkhidmatan perubatan secara perkhidmatan secondari dan perkhidmatan tertiari.

Hospital Sungai Buloh telah dikenal pasti sebagai pusat kecemerlangan ('centre of excellence') bagi;

01
Penyakit Berjangkit
02
Kecemasan dan Trauma
03
Pembedahan Neuro
04
Pembedahan Maxillo-Fasial
05
Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran
06
Ortopedik dan Traumatologi

Kawasan liputan perkhidmatan hospital ini adalah daerah Gombak, daerah Petaling dan Daerah Kuala Selangor di mana populasi di ketiga-tiga kawasan ini merangkumi 40% daripada jumlah keseluruhan populasi di Negeri Selangor iaitu lebih kurang 2.18 juta penduduk. 

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

3088824
Pengunjung Hari Ini: 420
Jumlah Pengunjung: 3,088,824
Image