ispaaa

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

LAPORAN PERUBATAN SIAP

SILA KLIK PAUTAN :  SEMAKAN LAPORAN SIAP

 Contoh Status :

 Bil   Tarikh Pendaftaran   No Rujukan  Nama   No. Kad Pengenalan Baru/Passport/Mykid  Permohonan   Kategori Pemohon   Jenis Permohonan   Jenis Laporan   Status Permohonan   Disiplin/Jabatan Klinikal  
 1.  01-08-2021  1234567  Ali Bin Abu
 123456789000    tanpa (-)
 Hospital Sungai Buloh  Pesakit Sendiri  PERKESO  Laporan Biasa  Laporan Telah Siap "  General Orthopaedics

 

Pemohon tidak perlu menghubungi Jabatan Rekod Perubatan untuk mengambil Laporan Perubatan jika Status Permohonan dalam Sistem adalah "Laporan Telah Siap". Laporan siap boleh diambil menerusi Kaunter Jabatan Rekod Perubatan.

Jika Status Permohonan "Permohonan Serah Ke Jabatan Klinikal", status laporan adalah masih belum siap dan dalam tindakan Pegawai Perubatan di Klinik Pakar / Wad. Sila semak semula sistem selepas 7-14 hari dari tempoh siap 28 hari bekerja. Keutamaan Pegawai Perubatan adalah proses perawatan pesakit dan laporan perubatan akan disediakan mengikut sistem giliran fail permohonan.

 

Permohonan Laporan Perubatan Baru

Sila muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Laporan Perubatan / Bedah Siasat .

Rujuk  Carta Aliran Proses Permohonan Laporan Perubatan

Tatacara Mengisi Borang Permohonan Laporan Perubatan : 

a) Permohonan Pesakit

b) Permohonan Peguam Cek / Kiriman Wang (money order) Pos Malaysia atas nama Pengarah Hospital Sungai Buloh

c) Permohonan Ejen

Langkah-langkah permohonan :

1. Ambil no. giliran di Kaunter Jabatan Rekod Perubatan Aras 3. No giliran akhir diberi pada jam 12.30 tengahari dan 4.30 petang sahaja.

2. Lengkapkan Borang Permohonan Laporan Perubatan / Bedah Siasat, bayar fi Laporan Perubatan di Unit Hasil Aras 2 waktu pejabat.

3. Kepil Borang Permohonan Laporan Perubatan / Bedah Siasat, bersama dokumen berkaitan serta resit bayaran Laporan Perubatan. Masukkan ke dalam kotak yang disediakan di Kaunter 5 Unit Hasil.

4. Permohonan yang lengkap akan didaftar dalam Sistem Permohonan Laporan Perubatan serta diserahkan kepada Ketua Jabatan Klinikal berkaitan (ditentukan oleh pemohon) dalam tempoh 10 hari bekerja.

 

Permohonan pos

1. Poskan Borang Permohonan Laporan Perubatan / Bedah Siasat yang ditandatangan (ASAL), salinan dokumen sokongan serta Cek / Kiriman Wang (money order) Pos Malaysia atas nama Pengarah Hospital Sungai Buloh ke alamat Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Sungai Buloh menggunakan pos berdaftar. Wang tunai tidak diterima.

2. Cek / Kiriman Wang akan didaftar dan diserahkan kepada Unit Hasil untuk semakan tunggakan bil hospital dan Unit Hasil akan mencetak resit bayaran Laporan Perubatan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan Cek / Kiriman Wang oleh Unit Hasil. 

3. Bayaran Laporan Perubatan tidak akan diproses bagi bil pesakit yang masih tertunggak. Pemohon akan dimaklumkan jumlah tunggakan bil hospital yang perlu dijelaskan.

4. Permohonan Laporan Perubatan hanya dikategorikan sebagai lengkap dan akan diproses setelah Jabatan Rekod Perubatan menerima resit bayaran Laporan Perubatan dari Unit Hasil serta dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan.

 

Pengambilan Laporan Siap

1. Pemohon digalakkan mengambil sendiri Laporan Perubatan untuk mencegah kehilangan. Pengambilan melalui wakil dibenarkan dengan melampirkan surat turun kuasa yang jelas.

2. Laporan Perubatan bagi permohonan melalui pos akan dihantar secara pos berdaftar Acknowledgement Receipt (AR) Syarikat Pos Malaysia. Pos AR diuruskan oleh Bahagian Pentadbiran Hospital secara pukal dalam tempoh 7-14 hari bekerja ke alamat seperti di dalam Borang Permohonan Laporan Perubatan.

3. Pos Malaysia akan memulangkan semula laporan yang tidak diterima atau tidak dituntut ke Hospital Sungai Buloh (unsuccessful delivery) dalam tempoh 14-21 hari bekerja. Hospital Sungai Buloh tidak bertanggungjawab di atas kehilangan Laporan Perubatan yang dihantar melalui pos.

 

Pengesahan Tarikh Rawatan

1. Permohonan maklumat tarikh rawatan di Wad / Klinik Pakar / Kecemasan oleh pihak ketiga, perlu mengisi Borang Permohonan Laporan Perubatan / Bedah Siasat dan nyatakan : Permohonan pengesahan tarikh rawatan Wad / Klinik Pakar / Kecemasan. Sila hadir ke JRP atau pos borang yang ditandatangan (ASAL) oleh pesakit ke alamat Jabatan Rekod Perubatan. Maklumat akan dijawab secara rasmi oleh Pegawai Rekod Perubatan pada hari yang sama.

2. Discharge Note diberi sekali sahaja semasa pesakit discaj. Sebarang pembetulan, sila berhubung dengan wad yang mendiscaj dalam tempoh 3 hari. Sekiranya dokumen hilang, pemohon perlu memohon Laporan Perubatan dan dikenakan bayaran mengikut Akta Fi Perubatan.

NOTA PENTING  :

Tempoh siap permohonan Laporan Perubatan lengkap mengikut Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan adalah seperti berikut ;

 Bil 

 Jenis Laporan 

      Tempoh Siap

1 Laporan Perubatan Biasa 

 

  • 28 hari bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum) 
  • (Tidak termasuk permohonan Laporan Perubatan Pakar dan Laporan yang melebihi 2 disiplin kepakaran. Cth. Kecemasan & Orthopedik)
2

 

Laporan Bedah Siasat     

  • 65 hari bekerja ( bagi laporan yang TIADA sampel Histopatologi / Toksikologi )
  • Melebihi 65 hari bekerja sehingga Laporan Jabatan Kimia Malaysia diterima ( ADA sampel Histopatologi / Toksikologi )

 

** Hubungi Unit Laporan Perubatan, 03-61454333 samb. 4362 / 4363 (Pejabat) pada jam 3.30 petang - 4.30 petang dengan menyatakan tarikh mohon lengkap jika Laporan Perubatan belum siap lebih tempoh 2 Bulan untuk semakan lanjut bersama Pegawai yang menjaga Klinik Pakar. 

 

Merujuk Pekeliling KPK Bil. 16/2010, Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan di Hospital, permohonan Laporan Perubatan TIDAK akan diserahkan kepada Ketua Jabatan Klinikal jika tidak lengkap dengan dokumen berikut ;

  1. Borang Permohonan Laporan Perubatan / Bedah Siasat dengan tandatangan ASAL pada maklumat keizinan. Permohonan pihak Ketiga (Peguam, Wakil Syarikat Insuran dan lain-lain pihak), perlu sertakan surat keizinan mengeluarkan laporan perubatan.pdf
  2. Borang Laporan Perubatan daripada Syarikat Insurans / KWSP / PERKESO / JKM / Zakat / lain-lain format untuk diisi. Laporan Perubatan Format KKM akan disediakan oleh Pegawai Perubatan jika tiada sebarang borang dilampirkan. Format borang Laporan Perubatan yang berbeza akan dikenakan caj mengikut bilangan borang yang di lampirkan. Pemohon perlu membuat permohonan dan bayaran baru bagi kesilapan borang. Caj Laporan Ujian X-Ray adalah berbeza dari caj Laporan Perubatan mengikut jenis Ujian Radiologi
  3. Salinan Kad Pengenalan / Pasport pesakit @ pertalian waris di dalam Surat Beranak ( bagi kes mati / kanak-kanak di bawah umur 18 tahun )
  4. Salinan Kad Temujanji Klinik Pakar / tarikh rawatan Jabatan Kecemasan / Discharge Note Wad bagi penentuan disiplin kepakaran. Pesakit yang menerima rawatan dari pelbagai disiplin, bayaran akan dikenakan bagi setiap permohonan Laporan Perubatan dari disiplin berkenaan. Sekiranya kemasukan pesakit ke wad berulang pada disiplin yang sama tetapi untuk rawatan penyakit yang berbeza, bayaran akan dikenakan bagi setiap permohonan Laporan Perubatan untuk rawatan penyakit yang berbeza tersebut
  5. Resit bayaran Laporan Perubatan dari Unit Hasil. Pesakit perlu menyemak dan menyelesaikan tunggakan bil hospital terlebih dahulu sebelum memohon Laporan Perubatan. Jika permohonan melalui pos, cek dan wang pos akan diserahkan kepada Unit Hasil terlebih dahulu untuk pengeluaran resit. Tarikh permohonan lengkap dikira setelah resit diterima di Kaunter Jabatan Rekod Perubatan.
  6. Permohonan hanya diproses setelah maklumat lengkap diterima. Sekiranya dokumen tidak lengkap dalam tempoh dua bulan, permohonan akan dibatalkan. Jika Laporan Perubatan masih diperlukan, permohonan baru perlu dikemukakan semula.

  

LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN SILANG COVID - 19

  1. HANYA 10 pemohon sahaja dibenarkan berada di kaunter pada satu-satu masa. Pemohon dinasihatkan hadir awal. 
  2. NOMBOR GILIRAN AKHIR diberikan 30 minit sebelum waktu operasi kaunter tamat. Anggota Unit perlu mendaftarkan permohonan di dalam Sistem Permohonan Laporan Perubatan dan pemohon perlu membuat pembayaran permohonan Laporan Perubatan di Unit Hasil Aras 2 

Waktu Operasi Kaunter Jabatan Rekod Perubatan 

  Isnin - Khamis   

 8.00 pagi  -  5.00 petang

Rehat :  1.00 petang - 2.00 petang

    Perkhidmatan : 

  • Pendaftaran Permohonan Laporan Perubatan 
  • Pengambilan Laporan Perubatan Siap 
  • Permohonan Pengesahan Rekod Kelahiran / Kematian Kes Daftar Lewat JPN 
  • Permohonan Pengesahan Sijil Cuti Sakit Palsu 
  Jumaat

8.00 pagi -  5.00 petang

Rehat :  12.15 tgh - 2.45 petang
  Tutup Sabtu, Ahad dan Cuti Umum 

 

Prosedur terperinci permohonan Laporan Perubatan sila klik pautan : Jabatan Rekod Perubatan

 

Direktori Unit Laporan Perubatan (Pejabat) : 03-61454333 samb. 4362 / 4363 

(Talian telefon adalah terhad. Keutamaan layanan kepada urusan kaunter, pendaftaran permohonan di dalam Sistem Permohonan Laporan Perubatan dan penghantaran Laporan Perubatan ke Jabatan Klinikal)   

 

 

NamaJawatanTelefonAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Siti Zamnah binti Mohammed Zaki Ketua Jabatan Rekod Perubatan 03-61454333
samb. 4371
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Rosmawati binti Amril Ketua Unit Pengurusan Laporan Perubatan dan Laporan Bedah Siasat 03-61454333
samb. 4320
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Nur Amili binti Daniel Pembantu Tadbir Kanan (Unit Pengurusan Laporan Perubatan dan Laporan Bedah Siasat) 03-61454333
samb. 4362
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  Data laporan siap dikemaskini setiap hari pada jam 4.00 petang

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

3119189
Pengunjung Hari Ini: 426
Jumlah Pengunjung: 3,119,189
Image