Friday 14 June 2024

 

 PERUTUSAN PENGARAH

 


  Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera & Salam Sehati Sejiwa.   

    Selamat datang ke Laman Web Rasmi Hospital Tanjong Karang   Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya Hospital Tanjong Karang  telah berjaya mengorak langkah setapak lagi dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan terbinanya Laman web tersendiri. Laman web ini merupakan satu wadah untuk mendekati masyarakat dengan hospital melalui alam maya. Justeru Hospital Tanjong Karang mengambil inisiatif untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi masa kini bagi memberi impak maksima kepada masyarakat.Laman web ini diharap dapat membantu penguna mendapatkan informasi terkini berkaitan perkhidmatan yang di tawarkan serta aktiviti yang dijalankan diperingkat hospital khususnya dan Kementerian Kesihatan Malaysia secara amnya.

   Laman web ini akan sentiasa berkembang dan ianya akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memberikan manfaat kepada semua pengguna.Dikesempatan ini,saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga Hospital Tanjong Karang atas komitmen dan usaha bagi memastikan Laman Web ini direalisasikan.Saya juga mengalu-alukan dan berbesar hati untuk menerima sebarang maklumbalas daripada penguna serta juga komen yang konstruktif kepada laman web ini bagi tujuan penambahbaikan yang berterusan ke arah melahirkan satu informasi yang terkini dan bermanafaat untuk semua lapisan masyarakat.

Sekian Terima Kasih 

" KUALITI KEUTAMAAN KAMI "

" MALAYSIA MADANI "