Halaman 1 dari 7
Pengenalan
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti makanan di Negeri Selangor. Pelaksanaan aktiviti BKKM adalah berdasarkan peruntukan dan prosedur yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan-Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Keluaran Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009.
Dari aspek operasi, Bahagian ini berpusat di Tingkat 14, Wisma Sunway, Shah Alam manakala Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Selangor beroperasi di Bandar Botanik, Klang.
Skop aktiviti program Bahagian merangkumi promosi keselamatan makanan, khidmat nasihat kepada industri makanan, pendidikan pengguna, pemeriksaan makanan, persampelan, analisa makanan dan penguatkuasaan.
Objektif Am
Objektif am Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan makanan sepanjang penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan serta memudahkan perdagangan makanan.
Objektif Khusus
Objektif khusus Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah:-
i - Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih.
ii - Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
a. Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
b. Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
c. Dilabel dan diiklan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut.
iii - Menentukan supaya semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
iv - Menentukan konsainan makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan-perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
v - Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan makanan.

Maklumat atas talian :
1) Maklumat terkini berkaitan isu keselamatan makanan boleh diakses di http://fsq.moh.gov.my/
2) Perkhidmatan atas talian boleh diakses di http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?s=online-services
3) Facebook : Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
4) Facebook : Food Rangers BKKM Selangor