Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar bertanggungjawab menguruskan dua aktiviti utama:
- Aktiviti Kesihatan Pekerjaan
- Aktiviti Kesihatan Alam Sekitar
Objektif Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar
- Untuk mengekalkan persekitaran, proses dan amalan pekerjaan yang sihat, selamat dan mencegah masalah kesihatan yang mungkin berlaku akibat pekerjaan atau persekitarannya.
- Untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kesihatan dan keselamatan pekerjaan di kalangan majikan, pekerja dan pelanggan.
- Melatih anggota kesihatan daerah, hospital dan pergigian tentang kepentingan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar.
Aktiviti Kesihatan Pekerjaan
1) Aktiviti Survelan Perubatan Anggota Unit Vektor
Pemeriksaan dilakukan kepada semua anggota di Unit Vektor bagi setiap Pejabat Kesihatan Daerah. Program ini meliputi soal selidik kesihatan anggota, pemeriksaan fizikal, pemeriksaan darah, ujian fungsi paru-paru, ujian pendengaran dan pendidikan kesihatan berkaitan kesihatan dan keselamtan pekerjaan. Pemeriksan darah yang dijalankan ialah paras hemoglobin, parameter untuk fungsi ginjal, parameter untuk fungsi hepar, dan serum cholinesterase.
2) Klinik Kesihatan Pekerjaan
Terdapat peningkatan yang menggalakkan dari segi kedatangan ke Klinik Kesihatan Pekerjaan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Klinik Kesihatan Pekerjaan meliputi rawatan penyakit pekerjaan yang dirujuk dari Klinik-klinik Kesihatan, pemeriksaan perubatan anggota kesihatan dan juga dari jabatan-jabatan lain termasuk Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar.
3) Aktiviti Survelan Kecederaaan Oleh Alatan Tajam di Kalangan Anggota Kesihatan di Negeri Selangor
Negeri Selangor mempunyai 10 buah hospital dan 11 pejabat kesihatan yang memantau aktiviti anggota kesihatan di 60 buah klinik kesihatan dan 131 klinik desa. Terdapat lebih dari 10,000 anggota kesihatan yang bertugas di fasiliti kesihatan di negeri ini. Anggota yang berisiko dalam kejadian ini adalah terdiri daripada anggota kesihatan, pelajar yang sedang menjalani latihan di fasiliti kesihatan dan petugas perkhidmatan sokongan Radicare.
4) Aktiviti Kepastian Kualiti Kecederaan Tertusuk Jarum
Aktiviti-aktiviti lain
1) Memperkukuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP).
2) Memperkukuhkan Program Immmunisasi Hepatitis B di kalangan anggota.
3) Latihan untuk pelbagai kategori anggota kesihatan di pejabat kesihatan daerah, hospital dan pergigian.
4) Menjalankan audit keselamatan dan kesihatan bagi kemudahan kesihatan.
5) Menjalankan pemeriksaan kesihatan pada anggota kesihatan.
6) Menjalankan kursus-kursus dan bengkel kesihatan pekerjaan dan alam sekitar.
7) Memperkukuhkan program menghadapi bencana