logo ms new

Bahagian Kesihatan Awam - Unit Pemakanan

Objektif Unit Pemakanan

1. Mempromosi makanan dan amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.

2. Mencegah dan mengawal penyakit berkaitan pemakanan melalui makanan dan amalan pemakanan sihat.

3. Menguruskan aktiviti Sistem Pengawasan Pemakanan, Pemulihan Pemakanan dan Promosi Pemakanan kearah mencapai status pemakanan penduduk yang optima.

Aktiviti-aktiviti Pemakanan merangkumi:

1. Sistem Pengawasan Pemakanan

  • Memantau status pemakanan bayi, kanak-kanak bawah umur 5 tahun dan ibu hamil yang hadir ke klinik kesihatan kerajaan di negeri selangor

2. Program Promosi Pemakanan

  • Menjalankan aktiviti penggalakkan amalan pemakanan sihat untuk semua kumpulan umur penduduk di pelbagai tempat seperti di kemudahan kesihatan, sekolah, Kem Program Latihan Khidmat Negara dan tempat kerja. Aktiviti yang dijalankan dibawah perkhidmatan Promosi Pemakanan adalah:

       - Penggalakan penyusuan susu ibu

       - Program Inisiatif Hospital Rakan Bayi

       - Klinik Rakan Bayi

       - Pemantauan Tata etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan

       - Promosi Pemakanan Sihat di institusi seperti taska, sekolah dan Kem PLKN

       - Promosi Pemakanan Sihat di Pasaraya

       - Latihan Katering Sihat

       - Program Dapur Sihat Masyarakat

3. Promosi Pemulihan Pemakanan

  • memberi fokus kepada aktiviti intervensi pemakanan dalam usaha meningkatkan status pemakanan penduduk di negeri ini. Aktiviti yang dijalankan dibawah perkhidmatan Pemulihan Pemakanan adalah:

       - Program Pemulihan Kanak-Kanak Kekurangan Zat Makanan & Bakul 1 Azam

       - Program Makanan Tambahan Susu Tepung Penuh Krim

       - Program Kawalan dan Pencegahan Anemia

       - Program Kawalan dan Pencegahan Obesiti

       - Program Pencegahan dan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin

  • Tarikh Kemas kini: 21 Jun 2024.

Jumlah Pengunjung:

14563867

JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR
Tingkat G, M, 9, 10, 11, 14, 17 & 18, No 1 Wisma Sunway,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah C 9/C, Seksyen 9, 
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
603 5123 7333 / 334 / 335
SISPAA